Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penganjur perlu patuhi peraturan konsert

MENUMBOK: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun menggesa pihak penganjur konsert khususnya yang melibatkan artis luar negara supaya mematuhi garis panduan ditetapkan kementerian berkaitan.
Beliau berkata, ia perlu bagi mengelakkan artis-artis terlibat tidak bertindak melampaui batas nilai-nilai kesucian Islam termasuk tatasusila adat ketimuran yang merupakan budaya masyarakat di negara ini.
“Kita khuatir perkara sama berulang sebagaimana berlaku di konsert artis K-Pop baru-baru ini yang dilihat telah melampaui batas keislaman dan adat susila di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas aksi anggota kumpulan K-Pop, B1A4 yang memeluk dan mencium beberapa peminat berbangsa Melayu bertudung semasa membuat persembahan di KL Live, baru-baru ini.
“Penganjuran sebarang persembahan nyanyian atau pun konsert tidak seharusnya sampai ke tahap peminat dibawa naik ke pentas hingga berpelukan di khalayak ramai kerana ia sudah pasti meruntuhkan akhlak serta merosakkan kesucian agama.
Dalam pada itu, Azizah memaklumkan kementeriannya akan memperbanyakkan lagi program-program ilmiah berteraskan kekeluargaan dan pendidikan akhlak yang melibatkan peranan golongan muda.
Beliau berkata, inisiatif itu bagi memastikan usaha kerajaan melahirkan modal insan bersahsiah mulia di kalangan generasi baru mampu direalisasikan selaras dengan agenda pembangunan belia negara.
“Penglibatan ibu bapa dan kerjasama seluruh komuniti masyarakat juga amat diperlukan dalam usaha ini kerana penerapan nilai-nilai murni di kalangan anak-anak bermula dari rumah,” katanya. – oleh Aryan De Vera / sayangsabah

TAHNIAH... Azizah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Menumbok.- foto Aryan De Vera / sayangsabah
TAHNIAH… Azizah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Menumbok.- foto Aryan De Vera / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan