Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penganjur minta Search mohon maaf, tuntut RM1.5j

7:30pm 03/06/2016 Pak Roshan 1205 views Hiburan,Mutakhir
KETUA Pegawai Eksekutif AFjets, Amrul Nizar Anuar (dua dari kiri) ketika ditemubual pada sidang media di Bukit Jelutong, hari ini. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

KETUA Pegawai Eksekutif AFjets, Amrul Nizar Anuar (dua dari kiri) ketika ditemubual pada sidang media di Bukit Jelutong, hari ini. – Foto Nurul Syazana Rose Razman

SHAH ALAM: Penganjur Konsert Search 35 Tahun, Afjets Sdn Bhd, memberi tempoh 14 hari kepada kumpulan rock terbabit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, sekali gus menuntut kos ganti rugi RM1.5 juta ekoran tindakan mereka mengeluarkan kenyataan yang dianggap fitnah.

Kumpulan itu juga didakwa melanggar memorandum persefahaman (MoU) apabila menamatkan kontrak kerjasama secara tidak sah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amrul Nizar Anuar, berkata segala tuduhan dilemparkan kumpulan legenda itu terhadap syarikat berkenaan sebelum ini tidak benar.

“Kami menafikan segala tuduhan dibuat Search pada sidang media ketika mereka mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami, baru-baru ini.

“Kami juga sudah menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan dibuat mereka terhadap Afjets menerusi notis yang dihantar wakil peguam kami, semalam (2 Jun).

“Jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan, notis saman akan menyusul,” kata Amrul pada sidang media yang diadakan di sini, petang tadi.

Hadir sama wakil peguam, Adnan Seman @ Abdullah daripada firma Adnan Shahida & Associates.

Search menerusi sidang media mereka, kira-kira dua minggu lalu, dikatakan membuat kenyataan Afjets sebagai tidak profesional dan tak berkemampuan untuk mengadakan konsert serta gagal mematuhi MoU.

Mengenai proses pemulangan wang kepada peminat yang sudah pun membeli tiket, Amrul berkata, pihak Ticketpro akan menghubungi mereka minggu depan.

Terdahulu, kontroversi timbul apabila pemain dram Search, Yazit Ahmad, membuat laporan polis terhadap kumpulan itu, awal Mei lalu. Antara lain beliau mendakwa anggota kumpulan berkenaan melakukan pecah amanah.

Bagaimanapun, tuduhan Yazit itu dinafikan oleh Search.

Mengikut perancangan asal, Konsert Search 35 tahun sepatutnya diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 9 April lalu, bagaimanapun ia ditunda kepada 30 Ogos depan, dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi lokasi baharu. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan