Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penganggur ke tali gantung

ke tali gantung

KOTA BAHRU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mengedar dadah heroin seberat 66.2 gram di Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohamed Hasrool Mohamed Najri, 20, selepas berpuashati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 66.2 gram di sebuah stesen minyak di Mukim Maka, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, pada jam 5.10 petang, 15 Julai 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Ridzuan Awang.

 

Komen


Berita Berkaitan