Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penganggur dituduh miliki 1,250 keping wang palsu

duit palsu

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur berusia 43 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, sebentar tadi atas pertuduhan memiliki 1,250 keping wang palsu USD100.

Tertuduh, M Rajendra Prasad didakwa memiliki wang berkenaan di Jalan Titiwangsa Utama, Taman Tampoi Indah pada 13 Ogos 2014.

Dia didakwa di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias menetapkan 3 September depan sebagai tarikh sebutan semula.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Noor Farhana Adham manakala tertuduh tidak diwakili peguambela.

Komen


Berita Berkaitan