Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penganggur Ditahan, Hina Kerabat Diraja Johor Di Facebook

3:24pm 13/12/2015 Pak Roshan 196 views Jenayah,Mutakhir

Johor

Johor Bahru – Seorang penganggur berusia 37 tahun ditahan pada 3.30 pagi semalam bagi membantu siasatan kes penghinaan keluarga kerabat Diraja Johor menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook (FB), baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berkenaan ditahan di kediamannya di Larkin Jaya, Larkin di sini.

Beliau berkata, tangkapan itu susulan daripada aduan diterima oleh pihaknya daripada seorang pengadu lelaki berusia 31 tahun pada 7 Disember lalu.

Menurutnya, aduan berkenaan berkaitan seorang lelaki yang didakwa memuat naik beberapa kenyataan berbaur penghinaan terhadap keluarga kerabat di FB.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984 dan sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-dua sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, sebentar tadi. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan