Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mengenang Tragedi 66

double six

 

KOTA KINABALU: Rakyat negeri ini khususnya dalam kala­ngan generasi muda perlu memahami peristiwa penting di sebalik Tragedi Double Six yang mengorbankan 11 nyawa termasuk enam pemimpin Sabah.

Setiausaha Agung Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Donald Mojuntin menegaskan bahawa tragedi nahas kapal terbang pesawat ringan GAF Nomad yang terhempas di Sembulan pada 6 Jun 1976 itu, mempunyai kaitan dengan sejarah pembentukan Malaysia.

“Ia merupakan peristiwa bersejarah yang amat penting untuk kita seluruh rakyat Malaysia ingati, lebih-lebih lagi para pemimpin yang terkorban dalam nahas itu merupakan antara watak penting dalam pembentukan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas upacara Memperingati Double Six di Tugu Peringatan Double Six, Sembulan di sini hari ini.

Upacara itu diketuai oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah selaku Menteri bertanggungjawab bagi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Ma­dingkir dan wakil-wakil keluarga mangsa termasuk balu Allahyarham bekas Ketua Menteri, Tun Muhammad Fuad Stephens iaitu Toh Puan Rahimah Stephens.

Enam pemimpin yang terkorban dalam tragedi itu ialah Tun Muhammad Fuad, Datuk Peter Mojuntin yang juga ayah kepada Donald, Datuk Chong Thien Vun, Datuk Salleh Sulong, Datuk Darius Binion dan Datuk Wahid Peter Andu.

Pesawat berkenaan dilaporkan bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menyambut Tengku Razaleigh Hamzah yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah.

Tambah Donald, wakil-wakil keluarga mangsa amat mengalu-alukan usaha kerajaan negeri menerusi DBKK yang setiap tahun menganjurkan upacara memperingati tragedi.

“Kami ahli keluarga menghargai usaha kerajaan negeri. Bagi kami, peristiwa yang mencetus pelbagai persepsi ini akan sentiasa dikenang sampai bila-bila,” ujarnya.

Komen


Berita Berkaitan