Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penganggur dipenjara dan sebat

ragut

KOTA KINABALU: Seorang Lelaki berumur 21 tahun dijatuhi hukuman lapan tahun penjara dan tiga sebatan kerana merompak menggunakan senjata.

Shernan Frazier berasal dari Sandakan mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh kerana merompak beg tangan yang mengandungi telefon bimbit, dokumen dan wang tunai RM2,500 daripada seorang wanita dengan bersenjatakan pisau.

Kesalahan tersebut dilakukan pada 22 Mei jam 12.30 petang di ruang letak kereta di belekang Bank Simpanan Nasional Jalan Kepayan di sini bersama seorang rakannya Mohd Fairul Abd Razak yang mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan .

Hukuman terhadapnya dijatuhkan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Komen


Berita Berkaitan