Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penganggur didenda kerana mabuk dan bising

3:46pm 08/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 55 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang penganggur didenda RM 25 atau tujuh hari penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan bising dan berada dalam keadaan mabuk.
Sazalie Omar,40 yang dibawa ke hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengaku melakukan kesalahan tersebut dalam sebuah rumah tidak bernombor, Tebobon, Manggatal pada 1 Disember, tahun ini pada jam 6.40 pm.
Tertuduh dihukum dibawah Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah yang memperuntukkan denda sebanyak RM 25, dan penjara.
Menurut fakta kes, pengadu yang merupakan abang tiri kepada tertuduh pergi ke rumahnya untuk menghantar barang-barang keperluan mereka. Sejurus sampai ke tempat kejadian, pengadu melihat tertuduh dalam keadaan mabuk dan bising. Pengadu tidak tahan dengan perangai tertuduh yang kuat minum dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Dalam mitigasi, Sazalie memohon hukuman ringan diberikan manakala pihak pendakwaan mohon agar hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan