Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penganggur bakal ke tali gantung

tali gantung

KENINGAU – Seorang lelaki tempatan yang dituduh dengan dua pertuduhan oleh Mahkamah Majistret Keningau kerana kesalahan penyalahgunaan dadah bakal ke tali gantung jika disabitkan kesalahan dalam kes tersebut.

Bagi pertuduhan pertama Shamsudin Thani 41, dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan manakala pertuduhan kedua melalui Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, tertuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan ke atas Shamsudin dibacakan di hadapan Majistret Kelas Dua, Yusop Osman di Mahkamah Majistret Keningau, di sini semalam.

Menurut fakta kes, lelaki berkenaan yang juga seorang penganggur berasar dari Inanam Laut Kota Kinabalu itu memiliki dadah jenis syabu seberat 100.60 gram, diberkas selepas cuba melarikan diri apabila ditahan polis untuk tujuan pemeriksaan berhampiran dengan sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Tertuduh yang menggunakan kenderaan jenis Produa Alza berwarna putih pada kejadian itu bersama dengan seorang wanita berumur 21 dan seorang lagi kanak-kanak yang berusia 10 tahun.

Pada 29 Januari, kira-kira pukul 11.10 malam, seorang pegawai bersama anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Keningau telah menahan sebuah kenderaan kerana berada dalam keadaan dalam mencurigakan.

Kenderaan tersebut ditahan ketika tertuduh cuba melarikan diri lalu membuang sebuah bungkusan berwarna hitam di atas jalan raya, namun pihak polis berjaya menangkap pemandu tersebut dan memeriksa bungkusan yang dibuang oleh tertuduh.

Katanya, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap tertuduh dan wanita tersebut, didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan