Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengambilan pelajar Rozsall International College of Cosmetology kini dibuka

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU- Rozsall International College of Cosmetology membuka pendaftaran bagi sesi baharu untuk sesi ambilan pelajar pada bulan Mei ini.

Pengarah Rozsall Sdn. Bhd, Salina Ali berkata, terdapat dua kursus yang akan ditawarkan untuk pengambilan pelajar kali ini iaitu Diploma Teknik Terapi Kecantikan dan Kursus Anugerah dalam Laser dan Cahaya untuk Peremajaan Kulit yang diiktiraf oleh City and Guilds dari United Kingdom.

“Kursus yang ditawarkan ini adalah dibuka kepada semua wanita bumiputera di seluruh negara berumur 17 hingga 26 tahun, yang penting mereka memenuhi syarat yang diperlukan. Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 15 April ini,” katanya ketika dihubungi SayangSabah, di sini hari ini.

Pelajar yang diterima akan mendapat tajaan pengajian daripada penaja iaitu termasuk elaun RM500 sebulan, yuran pengajian dan bagi yang tidak berkemampuan akan diberikan kemudahan asrama.

Tambahnya, kolej tersebut ditubuhkan sejak tahun 2008 dan menawarkan pelbagai kursus, namun hanya beberapa kursus yang ditawarkan dalam setiap kali sesi ambilan, manakala pengambilan pelajar baharu akan dilakukan empat kali dalam setahun iaitu pada Januari, Mac, Julai dan September.

Katanya, keterangan lanjut boleh menghubungi 088-272811.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan