Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,782

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengambilan guru interim daripada graduan di bawah inisiatif 90:10 ditangguhkan

7:09pm 20/04/2016 Leolerry Lajius 1678 views Laporan Sidang DUN,Pendidikan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
 Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (dua dari kiri) menunjukkan telefon bimbit kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Masiung Banah (kiri), Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif dan ADUN Kuala Penyu, Encik Limus Jury.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (dua dari kiri) menunjukkan telefon bimbit kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Masiung Banah (kiri), Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif dan ADUN Kuala Penyu, Encik Limus Jury.

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah agar menangguhkan pengambilan guru interim daripada graduan di bawah inisiatif 90:10.

Menurut Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun, makluman penangguhan tersebut adalah berdasarkan kepada email bertarikh 21 Mac 2016 daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kerana pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sedang menjalankan proses temuduga ke atas graduan tahun 2014 dan 2015.

“Berkaitan dengan isu ramai graduan pendidikan di Sabah yang belum ditempatkan ke sekolah-sekolah sehingga sekarang, ia adalah kerana perlantikan guru tertakluk kepada kekosongan jawatan yang telah diluluskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun semasa dan juga disebabkan oleh sebilangan graduan yang gagal dalam temu duga.”

“Berdasarkan Waran Perjawatan pada masa ini, sekolah rendah Jabatan pendidikan Negeri Sabah mempunyai lebihan guru seramai 119 orang manakala sekolah menengah pula mengalami masalah kekurangan guru seramai 582 orang dan bukannyan  3,000 kekosongan seperti yang didakwa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Menteri Pelancongan Kebudayaan Kebudayaan dan Alam Sekitar sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Mesyuarat pertama penggal keempat DUN Sabah yang keempat belas, di sini, hari ini.

Bagi menangani isu ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mencadangkan supaya graduan Institut Pendidikan Guru (IPG)  yang terdiri daripada anak jati Sabah yang bersedia ditempatkan di tempat lain agar  ditempatkan di negeri-negeri lain yang masih ada kekosongan jawatan guru.

Cadangan juga dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan  Malaysia agar meluluskan permohonan pertukaran guru-guru sekolah rendah keluar dari negeri Sabah yang memohon pertukarakan sesi Jun 2016 untuk memberi  ruang penempatan kepada graduan IPG yang berasal dari negeri Sabah yang masih belum dilantik.

“Bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah menengah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menggesa agar penempatan graduan di bawah inisiatif 90:10 dipercepatkan dan baru-baru ini seramai 1, 376 orang graduan telahpun didaftarkan untuk ditemuduga,” katanya.

Masidi turut menyatakan bahawa, kementeriannya menyambut baik cadangan untuk menjadikan tamu tradisi di setiap daerah agar dijadikan sebagai produk pelancongan.

“Sukacita saya maklumkan bahawa tamu-tamu yang aktif di daerah-daerah sering dikunjungi oleh para pelancong tempatan dan juga antarabangsa.”

“Kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah turut menyenaraikan tamu-tamu di setiap daerah dalam Buletin Sabah Malaysian Borneo yang dicetak dan diedarkan setiap bulan,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan