Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengaman Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Penceroboh Negara

pengaman

KUALA LUMPUR– Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) pada Isnin menyifatkan insiden serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabah pada Sabtu lepas sebagai satu pencabulan terhadap undang-undang negara.

Pengerusinya Tan Sri Norian Mai dalam satu kenyataan berkata undang-undang negara ini telah dicabul apabila anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan negara dijadikan sasaran oleh pihak tertentu.

“Adalah menjadi harapan Pengaman agar pihak polis Kontijen Sabah terutamanya Esscom lebih tegas dalam mengambil tindakan supaya kejadian yang telah mengugat maruah polis tidak berulang lagi,” kata beliau.

Katanya serangan yang tidak berperikemanusiaan itu menunjukkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) perlu menumpukan kepada meningkatkan strategi keselamatan di kawasan itu.

Beliau berkata kerjasama antara ESSCOM dengan pihak berkuasa Filipina dapat menghasilkan kejayaan, terutama dalam bidang risikan dan penguatkuasaan.

Norian juga berkata Pengaman melahirkan rasa sedih atas kematian anggota polis marin, Koperal Ab Rajah Jamuan dan penculikan Koperal Zakia Aleip dalam kejadian serangan hendap itu.

Dalam kejadian 11.10 malam di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna itu, mereka diserang hendap oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat.

Komen


Berita Berkaitan