Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengamal media medium penting bentuk pemikiran rakyat

Kurup menyampaikan mog cek kepada Ansusuk. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Kurup menyampaikan mog cek kepada Ansusuk. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Pengamal media perlu menyiarkan berita-berita yang baik dan telus khususnya yang mempunyai hubungkait dalam pembangunan modal insan dan negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menetri berkata, media masa kini berperanan membantu memperkukuhkan perpaduan rakyat kerana ia merupakan medium terpenting dalam membentuk pemikiran masyarakat terutama media baharu yang menjadi pilihan generasi kini.

Katanya, tanpa sokongan pihak media, usaha kerjaan untuk membantu rakyat khususnya dalam mengekalkan dan memperkukuhkan perpaduan rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, dasar langit terbuka ternyata bukan saja merancakkan lagi sebaran dan tebaran ilmu serta maklumat dan pengetahuan melalui media tetapi turut menyulitkan usaha untuk mengawalnya.

“Justeru itu peranan media sebagai mata dan telinga kerajaan dalam usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu, hormat-menghormati, bertolenrasi serta mengamalkan konsep kesederhanaan seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri amat penting”  katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama media Pedalaman Atas, di sini semalam. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan