Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengalaman teruk jadi tebusan

10:47am 19/09/2016 Pak Roshan 5916 views Global

tebusan

Indanan (Filipina): Lelaki Norway, Kjartan Sekkingstad berkata, dia hampir terkena tembakan dan terselamat daripada lebih 12 pertempuran sepanjang setahun menjadi tebusan Abu Sayyaf di hutan di wilayah Sulu.

Sekkingstad yang dibebaskan kelmarin berkata, pengalamannya ketika menjadi tebusan dan sering diancam bunuh adalah sangat teruk.

Katanya, dia melihat dua rakannya yang turut sama diculik pada September tahun lalu dipenggal oleh kumpulan militan berkenaan.

“Sepanjang masa anggota militan berkata, ‘Selepas ini giliran kamu’,” katanya.

Menurutnya, dia terselamat dalam lebih 12 pertempuran apabila tentera Filipina menggempur kumpulan penculik berkenaan.

“Dalam satu pertempuran sengit, helikopter tentera melepaskan tembakan dari udara dan kumpulan militan turut diserang dari darat.

“Tiba-tiba saya terasa sesuatu di belakang saya ketika berlindung dan menyangka saya terkena tembakan.

“Bagaimanapun, selepas pertempuran reda saya dapati hanya beg galas saya terkena tembakan,” katanya sambil menunjukkan lubang pada beg celoreng tentera yang dibawanya.

“Kejadian ini sangat teruk, sangat teruk,” jelasnya. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan