Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengalaman misteri di Gunung Kinabalu

Ivy coming up the mountain, Ivy with the mountain behind her and Ivy with Anthony
Ivy  sedang mendaki gunung, Ivy dengan Anthony dan Ivy dengan pemandangan gunung dibelakangnya

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, ialah satu kebanggaan bukan saja kepada penduduk tempatan tapi juga kepada rakyat Malaysia . Mungkin sudah beribu-ribu orang telah mendakinya sejak ia dibuka kepada orang ramai beberapa tahun dahulu.

Yang pasti Gunung yang tersergam indah dan agung ini telah menjadi tumpuan kepada pendaki-pendaki gunung yang menyahut cabaran jalan ke puncak nya. Foto yang diambil dipuncak mungkin menghiasi album-album yang tersimpan dengan kenangan oleh pendaki-pendaki tersebut.

Walauapapun, Gunung setinggi 4095 meter ini dapat perhatian Ivy Teong seorang pereka barang kemas dari Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu. Pada masa itu Ivy telah mengalami kemurungan yang mendalam sebab baharu kehilangan pekerjaan. Dia juga kehilangan penyelia yang baik dan rakan-rakan kerja.

Pada ketika itu beliau langsung tidak bermotivasi untuk mencari pekerjaan lain mahupun berkecimpung dalam apa bidang sekali pun.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk bercuti ke Sabah dan cuba untuk mendaki Gunung Kinabalu dengan seorang kawan. Dia tahu itu ada lah satu cabaran yang sukar kerana dia bukan pejalan kaki yang aktif, jauh sekali pendaki gunung.

“Daripada faktor emosi, saya fikir saya perlu cuba. Saya tahu ia akan menjadi satu cabaran besar bagi saya. Saya terpaksa mendisiplinkan diri saya untuk berlatih dan bersenam setiap hari selama dua hingga tiga minggu sebelum lawatan itu, ” katanya. Semuanya berjalan seperti yang dirancang dan akhirnya dia datang ke Sabah untuk melalui pengalaman yang tidak akan dilupakan itu.

“Malim Gunung yang mengiringi kami ialah Anthony Gunting. Kami juga mengupah seorang porter untuk membawa beg kami yang berisi keperluan kami untuk bermalam di Laban Rata. ”

Selepas sessi taklimat, mereka mengambil keputusan untuk memulakan perjalanan mereka dari Mesilau Trail, jejak alternatif untuk mendaki Gunung Kinabalu. Ia bermula dari Mesilau Nature Resort, 15 kilometer jauhnya dari Kinabalu Park HQ.

“Kami diberitahu laluan ini mempunyai pandangan yang paling indah. Dengan penuh semangat kami memulakan perjalanan kami pada kira-kira jam 7:30 pagi. Sebelum itu kami diberitahu tentang adat adat tempatan dimana kami ditegah untuk menjerit tidak tentu pasal dan bermain main dan tidak membuang air kecil di sepanjang perjalanan. Kami semua akur dan agak bertertib semasa perjalanan kami.”

“Sepanjang perjalanan itu, hujan sekejap-sekejap. Ini menjadikan jalan kami sukar tetapi kami masih menikmati alam sekitar yang amat menarik seperti air terjun dan flora yang cantik seperti orkid dan tumbuhan periuk kera. Saya rasa seperti saya bermimpi atau ada di dalam dunia ‘Alice in Wonderland’. ”

” Sepanjang perjalanan kami bertemu dengan pendaki pendaki yang sedang turun dari gunung. Mereka berbual-bual dengan kami dan saya agak terkejut mendengar bahawa ramai mereka sudah pun mendaki gunung beberapa kali. Terutama sekali Malim-malim Gunung . Mereka mendaki Gunung beberapa kali setiap hari kerana ini sumber pendapatan mereka. Mereka yang kami temui terdiri dari porter yang mempunyai beberapa tugas yang perlu dilakukan. ”

” Saya mengagumi kekuatan mereka dan pada masa yang sama menjiwai komitment mereka kepada kerjaya mereka. Pendapatan mereka benar-benar diperolehi dengan cara yang sukar. Kami juga melihat seorang pendaki yang cedera sedang dibawa oleh rakan-rakan nya yang lain dengan kelajuan yang luar biasa. Walaupun mereka mahir dan biasa dengan jalan itu tetapi ia tetap berisiko.”

” Saya juga melihat sepsang kasut koyak ditinggalkan di tepi jalan dan ia membuat saya berfikir tentang berkaki ayam dalam keadaan itu. Pada ketika itu saya berdoa agar kasut saya tidak akan koyak. Mungkin ini lucu bagi sesetengah orang.”

Ivy belajar  dengan tertib  sepanjang jalan, seperti memberi laluan kepada orang lain kerana jalanan sempit dan dia menyedari bahawa gunung itu ialah tuan rumah kepada beribu-ribu orang, mereka berjalan pada jarak yang berbeza pada masa yang berlainan. Beliau belajar tentang kebaikan dan rasa kasihan; berkongsi makanan dengan orang lain atau salap untuk melegakan sakit otot. Dia juga berkongsi maklumat tentang batu longgar, tanah atau batu-batu tajam yang tersembunyi di kawasan itu dengan orang lain.

“Langkah demi langkah kami mendaki, dan cuaca menjadi lebih sejuk, tumbuh-tumbuhan semakin sedikit dan jalan lebih berbatu. Kami mula terasa letih dan berjalan lebih perlahan. Anthony tidak putus-putus menggalakkan kami dengan memberitahu kami untuk tenang saja dan jalan perlahan-lahan mengikut kemampuan kami. ”

” Kami juga terserempak dengan pendaki lain yang memberi sokongan dengan kata-kata seperti “Teruskan usaha”, “Pandangan mengagumkan di sana”, “Tidak jauh lagi”, “Amat berbaloi” dan kata-kata positif yang lain. Syukurlah kami agak bersemangat selepas itu, “kata Ivy.

Mereka sampai ke Laban Rata pada kira-kira 4.30 petang.

Berjaya ke puncak
Berjaya ke puncak

“Selepas makan malam dan mandi air sejuk kerana anda tidak mengharapkan mandi air panas disana, kami tidur awal dan bangun pada kira-kira jam 1:30 pagi.”

“Selepas sarapan pagi kira-kira jam 2 pagi, kami memulakan perjalanan kedua kami ke puncak dengan harapan dapat melihat matahari terbit. Selepas setengah jam kami berjalan, kawan saya mula merasa kurang sihat dan tidak dapat meneruskan pendakian, jadi dia mahu berehat di Laban Rata saja.”

“Saya mempertimbangkan langkah seterusnya.; sama ada untuk naik sahaja dan meneruskan perjalanan yang agak mencabar atau untuk kembali dengan dia. ”

Secara kebetulan, mereka bertemu dengan seseorang yang bertujuan untuk kembali ke Laban Rata juga. Jadi rakannya memutuskan untuk pergi dengan orang itu dan Ivy memutuskan untuk meneruskan perjalanan beliau ke puncak gunung.

Dia meletakan semua kepercayaan beliau kepada Malim Gunung, Anthony. Dia mula berjalan dalam gelap di atas jalan berbatu yang curam, di mana setiap langkah menjadi lebih berat seperti beberapa kilo tambahan bertimbun diatas bahu beliau. Angin sejuk juga meniup kearah beliau.

Dia menggigil kesejukan dan terasa semakin lemah. Dia berehat dari masa ke semasa. Dia ingin menyerah saja. Anthony Malim yang menemani nya sentiasa mengalakkan beliau dengan kata-kata yang bersemangat.

Ivy kecewa dengan dirinya sendiri kerana terlalu lemah sedangkan dia mahu menonton matahari terbit dari puncak. Dia menangis kerana dia melihat pendaki lain berjalan dengan baik mendahului nya satu demi satu. Ada yang remaja, yang lain dewasa manakala ada yang senior.

Dengan sisa kekuatan yang ada Ivy berdiri dan berkata kepada Anthony bahawa dia akan pergi ke puncak. Walaupun Anthony memberitahu bahawa mereka boleh melihat matahari terbit di mana sahaja mereka berada, dia begitu nekad dan terus meneruskan langkah-langkah ke puncak gunung.

Pada jam 5:20pagi, hanya beberapa minit sebelum matahari terbit, Ivy berdiri dengan bangga nya dipuncak Gunung Kinabalu.

“Ia adalah menakjubkan, sungguh indah. Saya tidak pernah melihat matahari terbit seperti itu sebelum ini. Pada masa yang sama saya terlupa semua keletihan itu. Awan yang terapung di bawah saya dan saya berada tinggi di langit. Saya begitu teruja. Anthony menjadi jurugambar saya dan dia memuji keputusan saya untuk meneruskan pendakian. ”

” Saya berfikir sejenak dan saya menyedari bahawa keadaan mental adalah faktor yang paling penting dalam kehidupan seseorang dan tiada apa yang boleh mencabar kuasa itu. ”

Mereka mengambil beberapa gambar tetapi beliau kamera kehabisan bateri. Beliau pada mulanya panik tetapi berasa ceria kembali apabila dia menyedari dia mempunyai alat ganti. Selepas mengamati keindahan puncak gunung selama 45 minit dia meninggalkan puncak dan kembali ke Laban Rata.

“Saya tersedar bahawa kedua-dua kaki saya  lebam dan calar tapi saya tidak terasa apa apa pada mulanya. Saya tertanya-tanya adakah kegembiraan mengatasi kesakitan fizikal? Saya kemudian merasakan sakit sedikit setelah saya menyapu nya dengan minyak angin.”

Perjalanan turun gunung tidak begitu sukar mungkin disebabkan beliau beralih kepada mereka yang sedang mendaki. Ivy pula yang memberi dorongan dengan kata-kata ” Teruskan usaha, pemandangan indah di sana! “.

“Kami menyasarkan untuk makanan yang baik sebagai motivasi kami untuk turun lebih cepat tetapi kami  juga mengingatkan satu sama lain untuk bersabar kerana laluan itu adalah curam dan licin.”

Entah bagaimana, pendakian dilaksanakan dengan hebat itu membawa kesan yang mendalam kepada Ivy. Apabila dia pulang ke rumah, dia penuh dengan harapan dan keyakinan.

“Dengan perasaan keyakinan ini, saya mendapat pekerjaan baru tidak lama selepas itu. Pengalaman positif tertanam didalam hati saya selama-lamanya dan setiap kali saya merasa murung, saya mengingatkan diri saya mengenai perjalanan saya ke puncak Gunung Kinabalu. Saya juga mula suka alam semulajadi kerana ia membuat saya terasa aman dan membenarkan saya berfikir dengan jelas. ”

Beliau tidak pernah kembali ke gunung tetapi pada tahun lepas (2014) apabila dia berhenti kerja, dia pergi ke Taman Kinabalu, di mana beliau memilih untuk tinggal di tempat yang menghadap gunung.

“Pada ketika itu saya mencari jaminan keputusan saya; ada kah saya harus melangkah ke jalan yang baru. Ketika saya melihat gunung itu tersergam agung didepan saya, saya rasa lebih positif dan yakin bahawa saya akan berjaya. Gunung itu seperti tempat saya dengan cara misteri.”

Apabila Ivy mendengar tentang gempa bumi pada 5 Jun, dia merasa sedih kerana dia terikir tentang pendaki-pendaki terkandas dan Malim-malim gunung, menunggu bantuan dalam sejuk, lapar, bimbang dan letih.

“Saya bangga dengan Malim-malim Gunung yang pergi jauh di luar panggilan tugas untuk menyelamatkan nyawa.”

“Saya percaya gunung ini adalah suci, yang mempunyai semangat; ia telah memberi pengalaman yang begitu banyak kepada tetamu-tetamu nya dan mewujudkan sumber pendapatan kepada banyak keluarga. Saya rasa bersyukur kerana beroleh harta ini dalam Malaysia dan berharap ia kekal untuk generasi akan datang.”

Itu lah perjalanan Ivy untuk mendapatkan semula jati diri beliau dengan kenangan yang terukir selama-lamanya seperti batu-batu di muka Gunung Kinabalu.- Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan