Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengalaman Di Lokap Buka Mata Saya: Aliff Aziz

MERINGKUK dua malam di dalam lokap Balai Polis Dang Wangi atas tuduhan mengasari isterinya, Aliff Aziz mengakui itulah tempoh paling lama dalam hidupnya.

Menceritakan pengalaman ditahan di lokap pada Jumaat lalu, Aliff mengakui detik itu juga digunakan untuk mendekati Ilahi.

“Ini pengalaman pertama saya dan situasi ditahan polis ini bukan perkara main-main. Di dalam sana betul-betul telah membuka mata saya.

“Penahanan saya itu satu mesej dari Tuhan. Di dalam sana semua ada cerita masing-masing, dalam keadaan itu saya faham dan saya dapat ruang untuk ‘bercerita’ kepada-Nya. Saya lebih banyak berdoa.

“It’s a very sad place to be. Dua malam ditahan di dalam lokap dirasakan tempoh paling lama, hitam dan gelap dalam hidup saya. Rasa seperti dua minggu!

“Saya tidak dapat membayangkan perasaan bermalam di lokap bertahun-tahun. Saya bersyukur Tuhan hantarkan seseorang bergelar isteri yang tabah dan baik. Bukan mudah nak memperbaiki kerosakan yang sudah saya lakukan,” katanya pada sidang media di Shah Alam, Selangor semalam.

Jumaat lalu, Aliff ditahan polis selepas didakwa mengasari isterinya, Bella Astillah, 23, di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur.

Sebelum kejadian, Bella ditemani ibunya telah ke pusat hiburan itu selepas mendapat tahun suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai pelakon baru yang juga adik kepada Anzalna, iaitu Afifah Nasir. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan