Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengalaman aneh di gunung Kinabalu

 

Clementina (inset left) with a companion and the mountain taken in 2004
Clementina (gambar kecil kiri ) dengan teman bergambar di gunung  2004

Gunung Kinabalu berdiri megah 4095 meter, gunung tertinggi di Sabah dan dilindungi di bawah Taman Kinabalu. Ia adalah Warisan Dunia. Ia dikenali sebagai gunung suci kepada sesetengah penduduk sementara yang lain telah mengelar nya gunung mystery.

Sememangnya ada kisah-kisah aneh yang dialami pendaki Gunung Kinabalu. Cerita-cerita itu mungkin berbunyi seperti dongeng atau diada-adakan namun kalau di selidiki betul-betul, mereka yang mengalami kejadian aneh itu tidak punya kepentingan untuk berbuat demikian.

Semasa saya masih bekerja untuk sebuah tabloid beberapa tahun yang lalu, saya menemuramah sekumpulan pendaki yang akan mendaki gunung itu sebagai permulaan kepada usaha mereka untuk mendaki Gunung Kilimanjaro, Tanzania.

Beberapa hari kemudian, salah seorang peserta menalipon saya dan bertanya jikalau ada sebuah kampung di sana. Jadi saya memberitahu beliau, tidak kerana ia bukan sahaja tidak sesuai untuk perkampungan tetapi ia tidak dibenarkan, kerana ia adalah dalam Taman Negara.

Dia kemudian memberitahu saya bahawa dia melihat ramai orang di sana dengan kanak-kanak seperti situasi sebuah kampung. Saya merasa aneh tetapi tidak begitu mengambil berat tentang ceritanya itu.

Pada tahun 2004, seorang pendaki dan peminat sukan, Clementina Albert dari Inanam mengalami kejadian pelik ketika mendaki ke puncak. Dia bukan baru kepada kawasan itu, sebab sudah pernah mendaki gunung enam kali sebelum itu.

“Kami memulakan pendakian kami dari Laban Rata pada jam 2.30 pagi. Malam itu agak terang dan bulan terang bersinar. Terdapat beberapa kumpulan pada masa itu, dan pendakian kami pada awalnya sangat baik. ”

“Apabila kami datang ke bahagian menguna tali, kami terpaksa mengambil giliran untuk mendaki kerana rupa bumi yang agak rumit. Pada ketika itu saya melihat seseorang berdiri sendiri di cerun, ditempat yang tidak ada tali. Dia hanya berdiri di sana sambil memerhati pendaki. Saya mendapati bahawa kedudukan nya agak ganjil tetapi tidak menumpukan perhatian kepada beliau ketika itu kerana saya terasa sejuk dan mahu memberi tumpuan kepada tali. ”

“Apabila saya mula untuk mendaki kawasan berbatu, saya mula berasa pening dengan kekurangan oksigen. Saya berhenti setiap lima langkah, tercungap-cungap untuk bernafas. Beberapa orang mendahului saya. ”

Beliau berkongsi bahawa mereka akan berkata, “teruskan perjalanan mu” “anda boleh melakukannya” ”cuba lagi” dan kemudian mereka akan berlalu. Tetapi lelaki yang berkenaan tidak berkata apa-apa.

“Saya dapati ia agak ganjil, kerana dia tinggi dan dia berjalan dengan langkah panjang, sekali langkah seperti tiga kali langkah-langkah lelaki biasa. Saya berfikir dia ialah Orang putih  (Caucasian) tinggi walaupun saya tidak boleh melihat wajahnya dengan nyata. ”

Lelaki itu berlalu meninggalkan Clementina tanpa berkata apa dan beliau (Clementina) mengambil rentak dengan kiraan ‘satu dua tiga berhenti “dan menarik nafas panjang dalam-dalam setiap kali dia berkata berhenti.

” Saya mula bernafas dengan senang sedikit dan dapat meneruskan pendakian saya. Saya kemudian melihat orang itu duduk bersila berhampiran papan tanda KM8, seolah-olah dia melihat orang-orang mendaki. ”

“Saya tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas tetapi saya mendengar dia bernafas kerana beliau mungkin hanya lima kaki dari saya. Saya fikir dia mesti seorang malim gunung, jadi saya berkata ‘Terima Kasih “dan meneruskan pendakian saya.”

“Tiba-tiba saya terasa angin sejuk di sebelah kanan saya dan pada ketika itu juga saya merasakan seperti sesuatu yang berat diangkat dari bahu saya. Saya boleh bernafas dengan mudah dan penglihatan saya rasanya lebih baik. Saya mula berjalan lebih cepat dan mendahului dua pelancong yang seolah-olah kagum bahawa saya dapat menyusul mereka. ”

“Apabila saya sampai ke kawasan berhampiran kolam saya nampak dia sekali lagi dan pada ketika itu saya tersentak kerana mustahil dia berada disitu sedangkan saya tinggalkan dia di KM8. Pada ketika itu, saya berfikir bahwa dia bukan lah manusia.”

Dora (duduk) dan Dora (depan kiri) dengan kawan-kawan pendaki yang lain (2002)
Dora (duduk) dan Dora (depan kiri) dengan kawan-kawan pendaki yang lain (2002)

“Dia kemudian memandang tepat kepada saya dan berpaling ke kiri dan sejurus kemudian dia menghilang. Saya terpegun. Saya terus berlari kepada Malim Gunung saya dan memberitahu kepadanya tentang apa yang saya alami dan lihat sebentar tadi. Apa yang beliau katakan adalah ‘anda bernasib baik, anda berjumpa dengan mereka … bukan semua orang dapat demikian. ”

Dia tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Malim itu sebab dia tidak mengulas lanjut.

Dora Lee juga dari Inanam mengalami beberapa kejadian menarik semasa di Gunung Kinabalu. Kejadian yang berlaku antara tahun 2002 dan 2003 itu menjadi kenangan baginya. Pada ketika itu beliau baru sahaja meninggalkan bangku sekolah dan bekerja sebagai pelayan di Laban Rata.

Beliau berkongsi bahawa dia gemar menonton matahari terbit dari atas gunung dan akan mengikuti Malim Gunung ke puncak semasa hari cuti mingguan beliau.

“Saya suka suasana di sana dan blia saya tidak buat apa-apa semasa hari cuti, saya akan naik ke atas dan menonton matahari terbit. Ia adalah satu pengalaman yang indah dan saya tidak pernah jemu dengan pemandangan indah yang ada disana. ”

“Satu pagi saya bangun untuk pergi dengan rakan-rakan saya seperti biasa. Pada masa itu kabus agak tebal. Saya melihat sekumpulan orang sudah memulakan pendakian. Mereka berjalan dalam kabus. Mereka sangat tinggi dengan pakaian serba putih. Mereka perjalan mendaki gunung itu dengan penuh tumpuan.”

“Saya pun mula mengikuti mereka kerana memang masa untuk kami mendaki juga. Saya berfikir bahawa mereka berada di laluan biasa jadi saya pun mula mengikuti mereka. Kemudian saya terhenti sebab seorang kawan menyentap tangan saya. Saya pun tersentak.”

“Dia bertanya kepada saya ‘kemana kamu hendak pergi’ dan saya menjawab ‘mendaki dengan mereka’ saya menjawab sambil berpaling ke arah sekumpulan pendaki tadi tetapi saya terkejut sebab tiada siapa-siapa ada sana dan laluan di depan saya tidak wujud. ”

Semenjak kejadian itu, Dora berhati-hati bila mengikuti rakan-rakannya ke gunung.

“Saya juga mendengar pokok jatuh atau terhempas pada waktu malam semasa saya bekerja di Laban Rata. Pada waktu pagi apabila saya memerhati sekeliling, tidak ada pula pokok tumbang. ”

Ini adalah pengalaman dua orang, yang tidak pernah bercakap mengenai pertemuan aneh mereka sehingga baru-baru ini. Mungkin terdapat banyak kisah-kisah yang menarik oleh pendaki lain dan mereka yang sering ke gunung dalam kehidupan mereka. Bagi Clementina, beliau kini telah mendaki gunung itu lebih daripada sepuluh kali.

Beliau berkongsi bahawa dia sentiasa berharap untuk bertemu lelaki itu lagi. Dora meninggalkan pekerjaannya pada tahun 2003 tetapi dia berharap untuk mendaki lagi suatu hari nanti. Untuk kedua-dua mereka pengalaman mereka adalah unik dan istimewa kedua-duanya, tetapi agak menyeramkan juga.

Mungkin kah benar Gunung Kinabalu berpenghuni… -Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan