Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,707

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengadil Mati Ditembak Selepas Layang Kad Merah

1:00pm 16/02/2016 Pak Roshan 1958 views Global

ditembak

CORDOBA (Argentina) – Seorang pengadil liga tempatan dibunuh di Argentina selepas dia melayangkan kad merah kepada seorang pemain muda.

Cesar Flores ditembak tiga kali oleh pemain bola sepak terbabit selepas dilayangkan kad merah dengan dia masih lagi bebas dan diburu pihak polis.

Insiden ini berlaku di Cordoba yang menyaksikan suspek melepaskan tembakan ke arah pengadil malang terbabit selepas dipaksa keluar padang kerana memukul pemain lawan.

Seorang lagi pemain, Walter Zarate, turut terkena tembakan peluru sesat dan dibawa ke hospital, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut polis, Flores maut di tempat kejadian selepas tiga tembakan mengenai bahagian kepala, leher dan juga dadanya. – Agensi/BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan