Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengadil Dibelasah Selepas Penyokong Merusuh

11:02am 17/03/2016 Pak Roshan 201 views Global

ref-beaten-by-fans-stretcher

MEMALUKAN….Pertandingan bola sepak antara DCMP dan Dauphin Noir berakhir dengan tragedi selepas pengadil dikejar dan dibelasah oleh penyokong DCMP yang merusuh dan merempuh masuk ke dalam padang.

Kejadian yang berlaku di Congo itu menyebabkan pengadil mengalami bengkak dan mukanya juga berdarah akibat dipukul.

Rusuhan itu berlaku sebaik sahaja wisel ditiup menandakan perlawanan berakhir.

Penyokong DCMP kemudiannya meluru masuk ke tengah padang dan terus mengejar pengadil menyebabkan polis anti rusuhan terpaksa bertindak bagi melindungi pengadil terbabit.

Keputusan perlawanan bagaimanapun tidak dinyatakan. – Mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan