Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penerima geran dinasihatkan tidak jual tanah – Musa

Kudat : Penerima geran komunal dinasihatkan agar tidak menjual tanah mereka demi pembangunan negeri.
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang juga Presiden Barisan Nasional (BN) Sabah, berkata tanah tersebut akan diwariskan kepada anak dan cucu pada masa depan.

“Program Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah atau PANTAS adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pengeluaran geran tanah kepada anak negeri.

“Kita telah ilhamkan dan melancarkannya pada Pesta Banggi pada tahun 2015.

“Oleh yang demikian, kita ingatkan kepada para penerima geran agar tidak menjual tanah kerana tanah ini kita akan wariskannya kepada anak dan cucu.

“Bagi tanah yang diusahakan atau dibangunkan, kita akan bantu mana yang boleh dibantu. Tanah ini milik rakyat, jadi kita perlu memberikannya semula kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Penyerahan Geran Komunal dan Pemberian Dividen Agropolitan di Dewan Terbuka Balai Polis Karakit Pulau Banggi, pada Khamis.

Pada majlis itu, sebanyak 1,279 geran tanah komunal di bawah Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) diserahkan kepada 12 buah kampung terlibat iaitu Kg Limbuak Laut, Kg Limbuak Darat, Kg Padang, Kg Maliu, Kg Dambaran, Kg Kalang Kaman, Kg Kapitangan, Kg Digotan, Kg Semayan, Kg Rahmat, Kg Palak dan Kg Nusa Nusa.

Musa turut mengumumkan, para peserta projek agropolitan menerima dividen RM400 yang dibayar empat kali setahun.

Penyerahan tersebut disempurnakan Musa di Dewan Terbuka Balai Polis Karakit Pulau Banggi, pada Khamis.

Hadir sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, Penolong Pegawai Daerah, Ag Syairin Bakar serta calon BN bagi DUN Banggi, Datuk Mijul Unaini dan Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri./Panerangan-

Musa (kanan) menyampaikan geran kepada salah seorang penerima, sambil diperhatikan Mijul (dua dari kanan) dan Sukarti (kiri).

Komen


Berita Berkaitan