Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penerbangan sulung Tigerair ke Kota Kinabalu

11:12pm 18/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 33 views Tempatan
Pang (lima dari kanan) dan Joniston (lima dari kiri) bergambar bersama Kwan (tengah) dan dif- dif jemputan lain.

Pang (lima dari kanan) dan Joniston (lima dari kiri) bergambar bersama Kwan (tengah) dan dif- dif jemputan lain.

KOTA KINABALU- Penerbangan tambang murah pertama di Taiwan, Tigerair Taiwan meraikan penerbangan sulungnya dari Taipei (Taoyuan) ke Kota Kinabalu, hari ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Pang Yuk Ming berkata usahasama antara Tigerair dan Pelancongan Sabah dapat membantu dalam meningkatkan kemasukan pelancong khususnya dari negara China ke Sabah.

“Pada tahun lalu, jumlah ketibaan pelancong Taiwan ke negeri ini meningkat kepada 41,000 atau sebanyak 31 peratus berbanding tahun 2014. Saya yakin dengan syarikat penerbangan yang baru ini, jumlah ketibaan pelancong Taiwan akan meningkat pada tahun ini dan juga pada tahun akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam satu sidang akhbar sempena penerbangan sulung Tigerair, Taiwan di Lapangan Terbangan Kota Kinabalu (KKIA), disini, hari ini.

Disamping itu, menurut beliau, usahasama tersebut bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Sabah malah ia turut dinikmati oleh masyarakat Sarawak

“Sebelum ini, mereka perlu ke Kuala Lumpur, namun dengan pembukaan syarikat penerbangan Tigerair disini, ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk melancong ke Taiwan tanpa perlu ke KL,”ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tigerair, Kwan Yue berkata kebanyakkan masyarakat Taiwan ingin melancong ke Sabah.

“Walaupun terdapat beberapa penerbangan lain menuju ke sini. Namun, apabila bilangan penerbangan semakin meningkat, pelancong berpeluang memilih masa dan hari yang mereka ingin melancong ke Kota Kinabalu,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan