Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penerbangan pertama haji pada 27 Ogos

haji

MAKKAH – Penerbangan pertama jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini dijadualkan 27 Ogos, manakala penerbangan akhir 27 September.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata sebanyak 64 penerbangan dijadualkan musim ini bagi membawa 22,320 jemaah haji.

“Penerbangan pulang jemaah haji ke Malaysia dijadualkan 10 Oktober dan penerbangan akhir pada 8 November,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau persiapan TH untuk musim haji 2014 di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Abdul Azeez berkata bagi tahun ini, TH menyediakan subsidi kos haji keseluruhan berjumlah RM130 juta berbanding RM100 juta pada tahun lepas.

“Kos haji bagi setiap jemaah kekal pada kadar RM9,998, namun subsidi yang ditanggung TH meningkat sebanyak RM6,175 untuk setiap individi pada tahun ini.

“Ini berbanding RM5,575 pada tahun lepas berikutan kenaikan kos pengangkutan, penginapan dan makanan,” katanya.

Abdul Azeez berkata persiapan awal TH meliputi pengangkutan, penginapan, makanan dan kesihatan juga berjalan lancar.

“Bagi penginapan jemaah di Madinah adalah 200 meter dari Masjid Nabawi, manakala di Makkah, penginapan jemaah haji adalah 1,000 meter dari Masjidil Haram,” katanya.

Beliau berkata lebih 700 bas akan disediakan bagi membawa jemaah haji sepanjang musim itu.

Dalam pada itu, 255 pasukan kesihatan yang terdiri daripada pakar, doktor dan petugas kesihatan ditugaskan di tiga pusat kesihatan kendalian TH, dua di Makkah, satu di Madinah.

Abdul Azeez berkata, TH juga akan meningkatkan kualiti penyediaan makanan bagi memastikan jemaah haji dapat mengekalkan kesihatan mereka pada tahap terbaik ketika suhu dijangka melebihi 45 darjah celsius. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan