Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penerbangan MH020 Terhempas Di Leon, Paris Hanya Khabar Angin

mh020

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata MAS tidak lagi menawarkan perkhidmatan ke Paris selepas memberhentikan Penerbangan MH020 ke ibu negara Perancis itu pada 20 Jan tahun ini.

“Tiada lagi penerbangan itu (MH020) pada masa ini … khabar angin itu tidak benar,”katanya ketika dihubungi Bernama.

Khabar angin menjadi viral di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp bahawa Penerbangan MH020 terhempas di Leon, Paris.

Netizen mendakwa penerbangan dari Kuala Lumpur itu membawa 366 penumpang termasuk 16 anak kapal terhempas di Leon, Paris, pada 12.15 tengah malam (waktu Malaysia) hari ini. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan