Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penerbangan KK – Shanghai buka banyak peluang pelaburan

Masidi menerima cenderamata kenangan daripada Lu Ping.
Masidi menerima cenderamata kenangan daripada Lu Ping.

KOTA KINABALU: China Eastern Airlines melalui anak syarikatnya, Shanghai Airlines menawarkan penerbangan tanpa henti penerbangan terus dari Shanghai ke Kota Kinabalu bermula 15 Julai ini.

Laluan baru Shanghai Airlines negara ini selepas Kuala Lumpur itu menggunakan pesawat Boeing 737-800 merupakan perkembangan positif selepas beberapa tahun melakukan penerbangan sewa khas ke Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata penerbangan terus dijangka mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua negara terutama dari aspek ekonomi dan pelancongan

“Kerajaan negeri amat gembira kerana Sabah dipilih untuk disenaraikan dalam destinasi laluan China Eastern Airlines yang merupakan salah satu syarikat penerbangan bertaraf dunia yang terbaik dan terkenal kerana mutu perkhidmatan yang hebat serta juga destinasi antarabangsa yang luas,” katanya.

Ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat rombongan China Eastern Airlines diketuai pengurus besarnya Lu Ping, di pejabatnya di sini hari ini, Masidi yakin bahawa penerbangan baru itu akan menarik minat lebih ramai pelancong di Sabah.

“Malaysia dan China mempunyai sejarah yang panjang dalam hubungan dua hala dan perdagangan, laluan udara baru itu akan memberi peluang kepada untuk pelancong asing lain untuk menerokai tempat menarik di Sabah, ” kata Masidi lagi. – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan