Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENERBANGAN BODEVAC HANTAR JENAZAH ANGGOTA PGA KE KUCHING

Pegawai dan anggota polis dari Batalion 11 PGA Kuching mengusung keranda mendiang Koperal Alan Anak Ajin selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Sandakan, Sabah. Gambar SNT/Ehsan Pasukan Gerakan Udara Sabah.

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan satu penerbangan ‘BODEVAC’ untuk menghantar jenazah seorang anggota Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran ke Kuching, Sarawak, petang kelmarin.

Mendiang, Koperal Alan Anak Ajin, 40, meninggal dunia di sebuah perumahan polis di Batu 4 Tinason, Sandakan akibat serangan sakit jantung.

Penerbangan ehsan yang menggunakan pesawat Cessa Caravan CE208 berpangkalan di Kota Kinabalu itu berlepas pada tengah hari isnin dan mendarat di Lapangan Terbang Sandakan terlebih dahulu sebelum berlepas ke Kuching pada petang hari yang sama.

 

Penerbangan yang mengambil masa tiga jam itu diketuai oleh Komander Operasi Deputi Superitendan Kamis Sulong, kapten pesawat Asistan Superitendan Peter A/K Francis Rudin dan pemerhati udara, Sarjan Ellorean Glatter Philip.

Pelepasan dan ketibaan jenazah dibuat dengan penuh penghormatan polis oleh pegawai dan anggota Batalion 20 PGA Beluran di Lapangan Terbang Sandakan dan oleh pegawai dan anggota Batalion 11 PGA, Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan