Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penerbangan Berjadual Setiap Hari Bagi Laluan Shanghai-KK Mula tahun depan

10:26pm 03/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 33 views Berita Pilihan,Pelancongan
Lu Jun (kanan) menerima momento dari Masidi

Lu Jun (kanan) menerima momento dari Masidi

SHANGHAI- Syarikat penerbangan China Eastern bakal memulakan penerbangan berjadual setiap hari bagi laluan Shanghai- Kota Kinabalu pada hujung bulan Mac, tahun depan.

Setakat ini, penerbangan Shanghai-Sabah hanya tiga kali seminggu sahaja sejak bulan Julai, tahun lalu.

Pengurus besar syarikat penerbangan China Eastern, Lu jun berkata Sabah mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi pilihan destinasi pelancongan bagi rakyat China.

Menurut beliau lagi, negeri ini sesuai dijadikan salah satu pilihan destinasi pelancongan untuk rakyat China kerana Sabah mempunyai segalanya yang boleh memenuhi keperluan mereka termasuklah, makanan laut yang segar, pantai yang cantik, keindahan alam semula jadi dan udara yang segar.

“Shanghai merupakan hub yang sesuai untuk menghubungkan Sabah dengan 150 destinasi termasuklah bandar-bandar utama di China dan destinasi antarabangsa di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat”, katanya.

Lu Jun berkata demikian ketika perjumpaan bersama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di pejabat utama syarikat tersebut, di sini, hari ini.

Disamping itu, Masidi berkata bahawa pihak kerajaan melalui Lembaga Pelancongan Sabah akan memberi kerjasama dan bantuan kepada syarikat tersebut bagi memastikan perancangan penerbangan bejadual setiap hari itu dapat dijayakan dengan sempurna.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Irene B. Charuruks, Timbalan Pengurus Besar China Eastern, Fu Tieying dan wakil syarikat penerbangan China Eastern, Lin Aiping dan wakil Lembaga Pelancongan Sabah, Tay Shu Lan. – Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan