Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penemuan Banyak Serpihan Bukti Pesawat QZ8501 Rosak Teruk

aa

Masuk hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia penerbangan QZ8501, semakin banyak serpihan pesawat dilaporkan ditemui di perairan kawasan Pangkalan Bun.

Menurut Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (Basarnas) SB Supriyandi, serpihan tersebut menjadi bukti sejauh mana kerosakan yang dialami oleh pesawat.

“Serpihan terapung yang kami kumpulkan menunjukkan pesawat dalam keadaan rosak teruk.

“Kami himpun kesemua serpihan yang semakin bertambah setiap hari sehingga cukup untuk membantu pasukan penyiasat,” ujar Supriyandi menerusi Detik.com.

Kesemua penemuan itu dibawa terlebih dahulu ke Pangkalan Bun.

Setakat ini 10 mayat daripada 162 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dilaporkan  telah ditemui. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan