Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penempatan Tingkatan 6 di SK Pekan Dua masih tergendala

Jame Alip (dua dari kanan, duduk) dalam sidang media selepas merasmikan program jerayawara Pengarah JPNS Zon Pedalaman di Sekolah Menengah Ken Hwa. - foto Kalawon Sawing
Jame Alip (dua dari kanan, duduk) dalam sidang media
selepas merasmikan program jerayawara Pengarah JPNS Zon Pedalaman di
Sekolah Menengah Ken Hwa. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pelaksanaan sekolah Tingkatan Enam berteraskan pra-diploma yang dicadangkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Dua, di sini untuk menempatkan pelajar tingkatan pada masa akan datang masih tergendala.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip berkata, perkara itu masih lagi diperingkat perundingan di antara pihaknya bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk merealisasikannya.

“Keengganan n pelaksanaan itu bukan sahaja memberi kesan negatif tetapi mengakibatkan daerah Keningau ketinggalan dengan daerah-daerah lain yang telah melaksanakan sekolah tingkatan enam berteraskan pra-diploma yang memberi peluang cerah untuk anak masing-masing mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status pelaksanaan sekolah pra –diploma  tersebut dalam satu sidang media selepas merasmikan program jerayawara Pengarah JPNS Zon Pedalaman di Sekolah Menengah (SM) Ken Hwa, Keningau.

Jelasnya lagi, sekiranya ada pelajar sekolah di SK Pekan Dua itu yang jauh dari kawasan Pekan Keningau, pihak pengurusan sekolah dan di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah PPD akan menempatkan para pelajar sekolah tersebut di asrama bagi memudahkan mereka ke sekolah.

Pada perkembangan lain, Jame berkata mengenai pembinaan makmal komputer di setiap sekolah di negeri ini yang masih tergendala ia bukannya di bawah bidang kuasa pihak JPNS akan tetapi seliaan pihak Kementerian Pelajaran yang telah melantik syarikat tertentu untuk melaksanakannya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan