Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penempatan Semula Mangsa Kebakaran Dalam Fasa Perbincangan – Abdul Muis

6:59pm 01/02/2016 Pak Roshan 33 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

muis

TAWAU : Penempatan semula 422 mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Airport Lama, di sini Sabtu lepas, kini dalam fasa perbincangan, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abdul Muis Picho.

Beliau berkata perkara itu menjadi perhatian utama yang difokuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bencana Alam Daerah, Majlis Perbandaran Tawau (MPT), untuk tindakan selanjutnya.

“Kami berharap agar semua mangsa dapat bersabar untuk menunggu keputusan daripada mesyuarat MPT mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan dan bantuan makanan kepada mangsa di sini, hari ini.

Abdul Muis berkata keprihatinan semua pihak yang menyalurkan sumbangan dan bantuan turut menjadi pengukuh kepada semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang menyalurkan sumbangan termasuk syarikat korporat, swasta dan badan bukan kerajaan, dan berharap lebih ramai lagi yang tampil menyalurkan bantuan,” katanya.

Hari ini, sebuah lagi syarikat korporat turut menyumbangkan sebanyak 300 kotak air minuman untuk diagihkan kepada mangsa dalam majlis berasingan awal pagi tadi.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan