Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penempatan Kg Bangau-Bangau, Semporna dikaji semula

Struktur rumah yang dibina rapat punca api cepat merebak Kebakaran awal pagi semalam menyebabkan 250 buahbrumah penduduk Kampung Bangau Bangau hangus.
Struktur rumah yang dibina rapat punca api cepat merebak Kebakaran awal pagi semalam menyebabkan 250 buah brumah penduduk Kampung Bangau Bangau hangus.

KOTA KINABALU – Struktur penempatan rumah atas air di Kampung Bangau-Bangau, Semporna akan dikaji agar rumah penduduk yang musnah dalam kebakaran dapat dibina semula dengan teratur dan tersusun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban berkata, pada masa ini kebanyakan rumah yang dibina penduduk tidak tersusun dan terlalu rapat di antara satu sama lain menyebabkan keadaan menjadi sesak.

“Keadaan itu sekaligus menyebabkan api mudah merebak sekiranya berlaku bencana kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Pembantu Menteri Kewangan Sabah itu berkata hanya rumah milik rakyat tempatan sahaja yang akan diberi keutamaan dalam penstrukturan semula di kampung berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian kebakaran semalam yang melanda perkampungan tersebut yang menyebabkan 250 buah rumah musnah dan kira-kira 2,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Difahamkan, kebakaran yang bermula jam 2.00 pagi dan berjaya dipadamkan pada jam 6.56 pagi oleh sepasukan anggota bomba itu merupakan insiden kali kedua berlaku di kampung terbabit.

Dalam pada itu, Ramlee juga telah mengarahkan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) agar segera menghulurkan bantuan kepada semua mangsa yang terlibat.

“Saya juga telah meminta bantuan kebajikan daripada Jabatan Ketua Menteri bahagian Keselamatan,” katanya lagi.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan