Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penempatan Helikopter Akan Perkukuh Keselamatan – Pesuruhjaya Polis Sabah

6:49pm 19/04/2016 Pak Roshan 95 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun.

KOTA KINABALU : Penempatan enam buah helikopter di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) akan berupaya memperkukuhkan lagi aspek keselamatan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun.

Beliau berkata tambahan kepada aset sedia akan memastikan keselamatan di pantai timur Sabah terus terpelihara.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini, Angkatan Tentera Malaysia akan menggunakan sistem pengesan bawah air dan menempatkan enam helikopter ringan MD-530G di Esszone bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan.

Hishammuddin berkata enam helikopter MD-530 keluaran syarikat Mcdonnell Douglas, Amerika Syarikat itu akan diterima pada hujung tahun ini.

Abd Rashid ditemui pemberita selepas melepaskan Konvoi Prihatin YADIM-PDRM-DBKK-JPAM untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Titingan, Tawau. Turut hadir Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah Samin Ongki serta wakil-wakil agensi kerajaan terlibat.

Mengenai program konvoi bantuan kemanusiaan untuk mangsa kebakaran di Tawau itu, Abd Rashid berkata bantuan berupa wang tunai, pakaian dan keperluan asas itu adalah bukti keprihatinan masyarakat pantai barat Sabah terhadap masalah yang dihadapi masyarakat pantai timur negeri ini.

“Seperti yang kita tahu, lebih 300 buah rumah terlibat dalam kebakaran di Kampung Titingan melibatkan lebih 2,000 mangsa. Jadi kita dengan usaha YADIM membuat kutipan derma dan sumbangan untuk dihantar kepada mangsa di Tawau. Walaupun kita berada di pantai barat tetapi apa yang berlaku di pantai timur kitapun terasa,” katanya.

Mengenai penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kerja sosial berkenaan, katanya PDRM bukan sahaja perlu bekerjasama erat dengan semua badan dan agensi dalam soal keselamatan tetapi juga dalam aspek lain seperti kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Selain PDRM dan YADIM, pihak lain yang terlibat dalam konvoi prihatin berkenaan ialah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan