Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penempatan Di Khemah Sementara Mangsa Kebakaran

tawfiq

TAWAU – Anggota Dewan Undangan Negeri Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyarankan mangsa kebakaran di Jalan Ibu Norati yang tiada tempat tinggal ditempatkan sementara di khemah kosong yang terletak di Batu 2, Jalan Apas.

Menurutnya, perkara itu sebagai langkah prihatin melihat mangsa kebakaran yang tidak mempunyai tempat tinggal lain termasuk rumah keluarga atau saudara.

“Peruntukan bantuan akan dipohon daripada kerajaan negeri bagi meringankan beban mangsa kebakaran.

Setiausaha Bencana Negeri, Datuk Mukhtar Yassin yang bersama kita di sini akan meneliti bantuan yang diperlukan, untuk pengetahuan Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan berupa wang tunai, dan barangan mentah kepada 25 keluarga mangsa kebakaran berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, Tawfiq yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah mengingatkan persekitaran yang kotor bukan sahaja menjurus kepada penyakit bawaan tetapi turut berpotensi mengakibatkan kebakaran.

“Masyarakat perlu memastikan rumah dan kawasan sekitar bebas daripada punca api yang boleh menyebabkan kemusnahan rumah yang lebih banyak, seperti sampah-sampah yang tidak dibersihkan,” katanya lagi.

Dalam kebakaran pada Isnin lepas di kawasan berkenaan melibatkan 25 keluarga yang terdiri daripada 148 orang termsuk lima keluarga warga asing tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dijilat api, Isnin lepas. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan