Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penembak antara tiga yang maut dalam insiden tembakan di bar perjudian Florida

WASHINGTON, 27 Ogos (Bernama) — Tiga individu, termasuk seorang lelaki bersenjata, maut dalam satu insiden tembakan di sebuah bar perjudian di bandar Jacksonville yang terletak di utara Florida, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

Syerif Jacksonville, Mike Williams, berkata 11 orang cedera dalam insiden itu dan kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Polis menemui tiga mayat di tempat kejadian, seorang daripadanya adalah suspek yang membunuh diri,’’ katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Jacksonville (JFRD) mengejarkan sembilan orang yang luka ditembak ke hospital manakala dua lagi pergi sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Insiden itu berlaku di Jacksonville Landing pada 1.30 tengah hari waktu tempatan (1730 GMT) apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan semasa penstriman langsung kejohanan permainan video.

Polis mengenal pasti suspek sebagai David Katz, seorang lelaki kulit putih yang melakukan perjalanan dari Baltimore, Maryland untuk menyertai kejohanan itu.

Suspek melepaskan tembakan menggunakan raifal separa automatik sebelum membunuh diri.

Katz, 24, telah disenarai sebagai pemenang kejohanan itu pada 2017 oleh EA Sports.

Menurut video yang dimuat naik secara online, insiden berlaku ketika para pemain sedang leka dengan ‘’Madden NFL 19,’’ pertandingan permainan video bertemakan bola sepak.

Selepas beberapa das tembakan dilepaskan baharulah para pemain sedar akan bahaya yang dihadapi.

Lebih 12 das tembakan dilepaskan sebelum video itu terputus.

Insiden itu menyusuli kejadian tembakan di bandar sama pada malam Jumaat yang menyaksikan seorang maut manakala dua lagi cedera ketika satu perlawanan bola sepak di sebuah sekolah tinggi berlangsung.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan