Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk tiga kampung bantah pencerobohan tanah warisan

 

Beginilah keadaan kawasan tanah yang didakwa oleh pemimpin-pemimpin masyarakat diceroboh. - foto Kalawon Sawing
Beginilah keadaan kawasan tanah yang didakwa oleh
pemimpin-pemimpin masyarakat diceroboh. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pemimpin masyarakat di tiga buah kampung membantah pencerobohan kawasan  Kampung Ulu Keningau, Jalan Kimanis oleh individu yang membuat permohonan seluas 20 hektar di kawasan itu.

Mereka yang tampil membuat bantahan bagi mewakili penduduk tiga buah kampung terdiri dari Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Jassin Lumau; Ketua Kampung Samalang, Aliman Nulantan; Ketua Kampung Keningau, Joanis Doimpin dan Ketua Kampung Ulu Keningau Petrus Langkihang.

Aliman berkata, mereka membantah pencerobohan individu terbabit kerana kawasan itu telah diterokai oleh penduduk tiga buah kampung itu sejak tahun 80-an.

“Penerokaan awal kami telah diketahui oleh  mantan Senator Datuk Robert Evan dan mantan Pembantu Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dalam era kerajaan Berjaya, Datuk Ayub Aman,” jelasnya.

Walau bagaimanapun katanya, permohonan mereka kepada Jabatan Tanah pada tahun 1976 buat kali pertama dan permohonan kedua pada tahun 80-an ditolak oleh jabatan berkenaan atas alasan Pengurusan Taman-Taman Sabah tidak mengizinkan kawasan berkenaan dipohon oleh penduduk.

Aliman berkata, walaupun permohonan mereka tidak diluluskan oleh Jabatan Tanah pada ketika itu tetapi mereka terus menerokainya kerana menganggapnya sebagai tanah warisan dari nenek moyang mereka. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan