Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk Tetap, Pati Terjun Laut Elak PPM

11:46pm 12/08/2016 Pak Roshan 713 views Jenayah,Mutakhir

Marine-Police-600x401

TAWAU : Seorang lelaki penduduk tetap dan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) bertindak terjun ke laut bagi mengelakkan daripada diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan dekat Kampung Titingan di sini.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata kejadian berlaku malam tadi ketika sepasukan polis marin, yang sedang melakukan Op Paradise, mengejar bot yang dinaiki dua lelaki itu selepas terserempak dengan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan dari arah negara jiran menuju Tawau.

“Kejadian berlaku sekitar 11.50 malam tadi. Dalam insiden itu, anggota polis marin ternampak seseorang dari bot berkenaan membuang beberapa kotak ke dalam laut.

“Selepas 15 minit, anggota polis marin berjaya memintas bot itu, tetapi juragan (penduduk tetap) dan kru bot (PATI) berkenaan bertindak nekad terjun ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata anggota polis marin kemudian terdengar jeritan meminta tolong daripada kedua-dua lelaki itu iaitu juragan berumur 38 tahun dan PATI berusia 58 tahun, yang kemudiannya diselamatkan dan ditahan.

Beliau juga berkata pemeriksaan lanjut mendapati 6,000 bungkus rokok bernilai lebih RM117,000 termasuk cukai telah dibuang ke laut.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam Seksyen 135(1)(e) 1967, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan