Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk Terutama Nelayan Di Esszone Perlu Patuhi Arahan Keselamatan

10:08am 24/07/2016 Pak Roshan 137 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

Esszone-25

Penduduk terutama nelayan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) perlu sentiasa mematuhi arahan dan peraturan keselamatan yang telah dikeluarkan pihak berkuasa.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata ia bagi mengelak kejadian penculikan yang berlaku di perairan Dent Haven, Tambisan, Sabah baru-baru ini, berulang.

Beliau berkata pelanggaran arahan yang dikeluarkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah itu.

“Sekiranya mereka ingin melakukan sebarang aktiviti di sesuatu kawasan, mereka haruslah merujuk kepada pihak Esscom terlebih dahulu supaya pihak berkuasa dapat menentukan aktiviti yang dijalankan berada dalam keadaan salamat,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TLDM yang dihadiri lebih 6,000 tetamu di KD Sri Gombak di sini, hari Sabtu.

Ahmad Kamarulzaman berkata pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya Esscom memerlukan bantuan dari segi anggota dan aset bagi memastikan keselamatan Esszone terjamin.

Pada 18 Julai lepas, pihak berkuasa telah menemui sebuah bot tunda dengan enjinnya masih hidup terdampar di perairan Lahad Datu.

Rabu lepas, Ketua Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lima rakyat Malaysia yang menaiki bot itu telah menjadi mangsa penculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan