Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk terjejas angin ribut segera dapatkan bantuan

Radin meninjau kerosakan rumah Jaineh Usit akibat ribut pada di Kampung Napingging.- foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Radin meninjau kerosakan rumah Jaineh Usit akibat ribut pada di Kampung Napingging.- foto Kalawon Sawing / SayangSabah

TENOM – Penduduk di daerah ini yang mengalami kerosakan rumah dan harta benda akibat angin ribut pada Jumaat lalu dinasihatkan agar membuat laporan polis.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata, ini bagi memudahkan jabatan dan agensi kerajaan terbabit untuk menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mereka.

“Selepas membuat laporan polis, mereka juga perlu melaporkan kepada Pejabat Daerah Tenom yang mengumpul dan menyelaras maklumat mengenai jumlah kerugian harta benda akibat ribut yang turut melanda daerah ini,” katanya.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan kerosakan rumah para penduduk di beberapa buah kampung  di daerah itu, di sini semalam.

Kampung terbabit ialah Napingging, Luang, Lagud, Makakagas, Ulloi, Mansalima, Makakumpai, Skim LIGS, perumahan Kallang dan Mandalom. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan