Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,635

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk terima tangki 1Malaysia

11:41am 08/10/2016 Leolerry Lajius 47 views Tempatan

SANDAKAN: Masalah yang dihadapi oleh rakyat terutamanya yang berkaitan dengan masalah air penduduk DUN Sekong terus mendapat perhatian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, hasil daripada kejayaan dan kemajuan ekonomi yang dicapai negara, segala hasil tersebut dikongsi bersama, terutama kepada golongan yang memerlukan.

“Menyedari kepentingan memiliki tangki penyimpanan air bersih dalam kalangan orang ramai di kawasan ini, kerajaan menyediakan bantuan tangki 1Malaysia,”katanya,

Beliau berkata demikian selepas penyerahan sumbangan tangki air 1 malaysia kepada penduduk Kampung Sundang Darat, Sandakan kelmarin.

Jelasnya penyampaian bantuan seumpama itu membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional  terhadap keperluan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, beliau berharap, rakyat terus memberi kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk menerajui negara kerana keupayaan parti itu mentadbir dengan baik.

Beliau menyeru orang ramai supaya menolak tipu muslihat pihak pembangkang yang sering memburuk-burukkan kerajaan dengan menabur pelbagai fitnah dan menimbulkan prasangka buruk di kalangan masyarakat.

“Manfaatkan sebaik-baiknya dan tidak dipersia-siakan bantuan itu termasuk menjualnya demi meraih keuntungan cepat,” katanya

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya akan terus giat menyuarakan setiap permasalahan rakyat kepada kerajaan untuk tindakan sewajarnya./SayangSabah

Samsudin (tengah) menyerahkan tangki 1Malaysia kepada salah seorang penerima.

Samsudin (tengah) menyerahkan tangki 1Malaysia kepada salah seorang penerima.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan