Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk Tawau Sokong Arahan Gantung Aktiviti Perniagaan Tukar Barang Di Sabah

7:05pm 11/04/2016 Pak Roshan 418 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

12993382_10153440922377019_8273493766083282392_n

TAWAU : Penduduk di Tawau menyokong penuh arahan kerajaan Sabah menggantung semua aktiviti perniagaan tukar barang yang berkuat kuasa Rabu lepas di semua pelabuhan di negeri ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Ismail Ayit berkata tindakan itu wajar demi kepentingan dan keselamatan rakyat secara keseluruhannya.

“Penggantungan itu secara tidak langsung mengekang kegiatan orang tertentu seperti orang tengah yang semata-mata mahu mengaut keuntungan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Rabu lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mengumumkan penggantungan itu berkata langkah drastik tersebut dibuat bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penculikan.

Kerajaan negeri turut memutuskan supaya konsep pelaksanaan perintah berkurung diubah suai dan berkuat kuasa sepenuhnya termasuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap sesiapa sahaja atau bot dan kapal yang melanggar arahan pihak berkuasa di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Sementara itu, seorang pegawai Jabatan Kastam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau, yang enggan namanya didedahkan berkata sebelum penggantungan itu, sekurang-kurangnya satu kapal atau ‘kumpit’ dari Filipina melalui CIQ Tawau setiap hari untuk membeli barang keperluan harian di Sabah.

Beliau berkata sekurang-kurangnya dua jongkong dari Indonesia melalui CIQ itu setiap minggu dengan membawa barang untuk kegunaan harian penduduk di Sabah dan kemudian membeli barang makanan dari Tawau untuk dipasarkan ke negara itu.

Tinjauan di Jeti Tukaran Barang dekat CIQ Tawau mendapati tiada aktiviti perniagaan dijalankan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan