Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Sook mahu sebuah kompleks sukan: Ellron

Ellron Angin (kiri) menyampaikan sijil dan hadiah kepada seorang pengurus kontinjen dalam kejohanan itu. - foto Kalawon Sawing
Ellron Angin (kiri) menyampaikan sijil dan hadiah kepada seorang pengurus kontinjen dalam kejohanan itu. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Kerajaan perlu menambah kemudahan prasarana sukan di daerah pedalaman, khususnya kompleks sukan di Daerah Kecil Sook, bagi menampung keperluan kemudahan sukan dan rekreasi masyarakat luar bandar terutama generasi muda.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Angin berkata, kemudahan itu perlu kerana jumlah penduduk yang bertambah, selain bagi menarik lebih ramai masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Katanya, kemudahan itu juga wajar bagi mengembalikan era kegemilangan atlet negeri ini pada masa lalu, melalui kemudahan yang mencukupi untuk mencungkil bakat dan kebolehan masyarakat luar bandar terutama golongan pelajar.

“Kemudahan sedia ada tidak mencukupi dan ini menyebabkan aktiviti sukan dan rekreasi masyarakat khususnya pelajar terhad dan tidak mengikut piawaian yang sepatutnya untuk menjalani latihan sukan. Justeru, perkara ini wajar diambil kira dalam meningkatkan mutu dan kualiti pelbagai bidang sukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah Keningau kali ke-48, di Komplek Sukan di sini hari ini.

Katanya, tanah seluas 50 hektar telah disediakan bagi membina kemudahan kompleks terbabit kelak yang dijangka memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat diceruk pedalaman menikmati kemudahan itu.

Katanya, kemudahan itu juga selaras dengan pembinaan sebuah lagi institusi pendidikan tinggi di daerah itu dan memerlukan lebih banyak prasarana sukan yang lengkap dan mencukupi.

“Pembinaan kompleks sukan baharu ini kelak akan meringankan beban ibu bapa menghantar anak-anak untuk berlatih di Komplek Sukan Keningau. Faktor ini juga antara sebab mengapa ramai yang berbakat menghentikan niat untuk meneruskan bidang sukan yang diceburi walaupun mempunyai potensi,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan