Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk sedia bantu kenalpasti rumah dihuni PTI

Antara orang awam yang mengambil peluang mengemukakan masalah berkaitan suatu isu sempena Program PDRM Bersama Pelanggan di Inanam. - Foto IPD Kota Kinabalu
Antara orang awam yang mengambil peluang mengemukakan masalah berkaitan suatu isu sempena Program PDRM Bersama Pelanggan di Inanam. – Foto IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Penduduk tempatan Kampung Sinulihan dan Bambangan di Inanam meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan mengusir warga asing yang dipercayai pendatang tanpa izin di kawasan tersebut.

Selain itu, para penduduk juga bersedia membantu mengenalpasti rumah yang disyaki dihuni oleh warga asing terbabit sekiranya operasi membanteras pendatang tanpa izin dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, cadangan itu antara yang dikemukakan oleh orang awam semasa Program PDRM Bersama Pelanggan yang diadakan di tapak Pasar Malam, Inanam di sini hari ini.

“Selain itu, orang awam juga memohon tindakan turut dikenakan oleh pihak berkuasa terhadap penduduk tempatan di sekitar Inanam yang didapati menyewakan tapak premis mereka kepada warga asing bagi tujuan perniagaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, isu lain yang dibincangkan dalam program anjuran IPD Kota Kinabalu itu ialah masalah jenayah (1), trafik lalulintas (2) dan lima isu berkaitan lain-lain perkara.

“Semua cadangan dan permasalahan yang dikemukakan oleh orang awam akan disalurkan kepada agensi dan jabatan berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Sempena program itu, orang ramai mengambil peluang menyemak saman trafik yang mana dua individu membayar saman masing-masing. Selain itu, 10 orang turut mendaftar sebagai Rakan Amanita.

Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan