Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Sabah Diminta Beri Kerjasama Kepada Pasukan Keselamatan – Musa

musaaman

SANDAKAN — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta penduduk negeri ini khususnya yang tinggal di pantai timur supaya memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan.

Menurut beliau mereka boleh berperanan menyalurkan laporan kepada pasukan keselamatan jika ada melihat kegiatan mencurigakan atau orang tidak dikenali di kawasan mereka.

“Kita mesti sentiasa berwaspada daripada apa juga aktiviti anasir jahat,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, DUN Gum-Gum dan Parlimen Libaran di sini Isnin.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata keadaan semasa keselamatan di negeri ini adalah terkawal.

Dalam perkembangan lain, beliau menghargai pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan di negeri ini kepada penduduk kampung pada bulan Ramadan ini.

Katanya syarikat berkenaan antaranya Sawit Kinabalu, Petronas dan Yayasan Sabah.

Komen


Berita Berkaitan