Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk Pulau Gaya rayu Mayor, kecewa belum dapat bekalan air

3:52pm 23/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 154 views Isu Semasa,Kota Kinabalu,Tempatan
Tangki air utama di Pulau Gaya

Tangki air utama di Pulau Gaya

KOTA KINABALU- Penduduk di beberapa kampung di Pulau Gaya meluahkan rasa hampa dan kecewa berkenaan isu ketiadaan bekalan air di kawasan berkenaan.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata para penduduk berasa kecewa kerana bekalan air tidak sampai kepada penduduk kampung walaupun tangki air utama (reservoir tank) telah disediakan.

” Projek tersebut dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW) dengan kos sejumlah RM 93.003 juta.

” Walau bagaimanapun, didapati bekalan air tersebut hanya sampai di Gaya Resort sahaja, tetapi tidak disambungkan kepada kampung- kampung Pulau Gaya sebagaimana yang dinyatakan dalam skop kerja asal projek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, disini, hari ini.

Terdahulu, projek pemasangan paip air ke Pulau Gaya fasa satu yang dilaksanakan oleh Jabatan Air Negeri Sabah telah bermula pada 26 Disember 2011 dan siap pada 13 September 2015,
W
Menurut Yeo, projek tersebut telah lewat selama enam bulan lewat daripada jadual asal.

Selain itu, beliau berkata seramai 10,000 penduduk dari beberapa kampung termasuklah Kampung Lok Urai, Kampung Kasuapan, Kampung Lobong dan Kampung Pulau Gaya Asal atau Terong Logong telah terjejas akibat ketiadaan bekalan elektrik.

Jelasnya, hanya segelintir penduduk kampung dikawasan tersebut dapat menikmati kemudahan elektrik yang disediakan.

Yeo berkata masih ramai penduduk kampung merungut kerana ketiadaan bekalan elektrik dan merayu agar diberikan bekalan elektrik.

” Kabel elektrik telah dipasang di Pulau Gaya dengan kos RM 24 juta pada pertengahan tahun 2012 dan dibekalkan secara berperingkat melalui peruntukan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah KKLW,” katanya.

Walau bagaimanapun, Yeo berkata bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Aru akan mengambil tindakan positif ke atas rayuan penduduk kampung berkenaan. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan