Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Pukul Hingga Mati Lelaki Dikatakan Perogol

rogol

India – Lebih 1,000 penduduk di Nagaland mengambil tindakan sendiri dengan membelasah seorang remaja berusia 18 tahun dan membiarkannya mati secara perlahan-lahan selepas remaja itu didakwa merogol dan membunuh seorang budak perempuan berusia 11 tahun.

Dalam kejadian itu, Ibo Cha telah diheret ke tengah kampung Meluri sebelum dia dibogelkan, diikat dengan tali dan dipukul selama sejam di hadapan 1,000 penduduk yang bersorak.

Ketika itu, penduduk kampung berkenaan berkumpul untuk mencari suspek kes itu namun selepas Cha melarikan diri, dia yang juga jiran budak perempuan itu menjadi suspek utama.

Dalam pada itu, ketua polis Nagaland, Wabang Jamir berkata, Cha tidak ditangkap menyebabkan penduduk mengambil tindakan sendiri tanpa sempat polis campur tangan.

“Polis tidak dimaklumkan mengenai kejadian rogol dan bunuh melibatkan budak perempuan berkenaan kerana tiada laporan polis dibuat mengenainya.

“Kami hanya mengetahui mengenai kes berkenaan selepas Cha dipukul,’’ katanya.

Setakat ini, kata Wabang, pihaknya berharap dapat menahan suspek yang memukul Cha.

Mayat budak perempuan itu ditemui di dalam hutan pada bulan September lalu.- MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan