Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk Pesisiran Pantai Berperanan Penting Salur Maklumat – Komander TLDM Sandakan

7:06pm 24/04/2016 Pak Roshan 165 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

esszone2

SANDAKAN : Penduduk kampung pesisiran pantai memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras jenayah, kata Komander Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sandakan Laksamana Pertama Datuk Saifudin Kamarudin,

Beliau berkata TLDM telah menyediakan kad Rakan Maritim (RAKAM) bagi membolehkan dan memudahkan penduduk menyalurkan maklumat.

Menurutnya kad RAKAM ini mengandungi maklumat pasukan keselamatan di perairan untuk dihubungi jika berlaku ancaman, jenayah laut atau sesuatu prosedur yang tidak betul yang mungkin dilakukan oleh anggota penguat kuasa sendiri.

“Penduduk kampung berperanan sebagai “Whistle Blower” atau penyalur maklumat bagi melaporkan kegiatan tersebut untuk tindakan segera,” katanya ketika merasmikan Projek Jiwa Murni bersempena Hari Ulang Tahun Ke-82 TLDM di Pulau Tanjung Aru, dekat sini, hari ini.

Katanya kad RAKAM yang dilancarkan pada 23 Jan lepas turut berperanan merapatkan hubungan antara komuniti maritim iaitu nelayan dengan pihak keselamatan.

Saifudin berkata pihak keselamatan juga sangat memerlukan bantuan daripada penduduk di pulau bagi menyalurkan maklumat bagi membanteras jenayah termasuk penculikan.

Katanya program Jiwa Murni TLDM menjadi satu platform bagi menunaikan keperluan tanggungjawab sosial kepada masyarakat tempatan selain menjalankan tugas utama iaitu menjaga kedaulatan perairan negara.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan