Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk persoal tindakan JKR ubah lokasi naiktaraf jalan

Papan tanda pelaksanaan projek menaiktaraf jalan raya yang sepatutnya bermula di Ulu Tomani tetapi diletakkan bermula di Kuala Tomani.
Papan tanda pelaksanaan projek menaiktaraf jalan raya yang sepatutnya bermula di Ulu Tomani tetapi diletakkan bermula di Kuala Tomani.

TENOM – Lebih 3,000 penduduk dari lima buah kampung di Ulu Tomani mahu kerajaan meneruskan projek menaiktaraf jalan raya sepanjang 24 kilometer dari Kampung Kaang ke Kuala Tomani, di sini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Kampung Alutok, Marusin Paliton, jalan raya yang perlu dinaiktaraf ialah di Kampung Ulu Tomani, Kaang, Melutut, Ahisal dan Alutok.

Katanya, penduduk kampung tidak puas hati apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) menukar cadangan asal kerja menaiktaraf itu sebelum ini yang bermula dari Ulu Tomani ke Kampung Kaang, diubah sehingga ke Skim Kuala Tomani sahaja.

“Mereka mempersoalkan kenapa pemindahan kerja-kerja itu berlaku sedangkan cadangan asal dari Ulu Tomani ke Kaang. Sebenarnya, penduduk telah lama menunggu dan tidak mahu masalah jalan raya dijadikan isu oleh pihak lain untuk menyalahkan kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Marusin memberitahu, penduduk kampung menunggu lebih 10 tahun untuk menikmati kemudahan jalanraya lebih baik di kawasan mereka, seperti mana tempat-tempat lain di Sabah.

Jelasnya, penduduk yakin dengan usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas lebih baik kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar, namun mereka berharap pelaksanaan projek itu sepatutnya perlu mengikut keperluan pihak sasaran.

“Kita bimbang jika terpaksa menunggu lebih lama untuk kerajaan melaksana projek ini kerana penduduk kampung sudah mulai ragu-ragu dan persoalkan janji-janji pemimpin sejak pada pilihan raya lalu,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan