Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk nikmati rawatan kesihatan lebih baik

Fredian (depan sembilan dari kanan )    bergambar kenangan bersama ketua - ketua jabatan di hadapan Klinik Kesihatan Nabawan yang hampir siap. - foto Kalawon Sawing
Fredian (depan sembilan dari kanan ) bergambar kenangan bersama ketua – ketua jabatan di hadapan Klinik Kesihatan Nabawan yang hampir siap. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Penduduk di daerah ini akan menikmati rawatan perubatan lebih baik apabila Klinik Kesihatan Bahagian Empat Nabawan siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Pegawai Daerah, Fredian Gan berkata, pembinaan bangunan Klinik Kesihatan tersebut kini siap 95 peratus dan akan digunakan sebaik sahaja sistem elektrikal dan mekanikal siap sepenuhnya.

Katanya, dengan siapnya bangunan klinik kesihatan itu sudah tentu ia memberi keselesaan rawatan dan perubatan kepada penduduk di daerah ini kerana ia mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding klinik kesihatan lama yang serba kekurangan.

“Bangunan Klinik Kesihatan yang baru itu didirikan di kawasan lebih sesuai dan dilengkapi dengan tempat letak kenderaan selain kemudahan rawatan kepada pesakit,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke klinik itu.

Fredian berkata, selain tiga projek yang dilawati iaitu pembinaan Klinik Kesihatan, Pencawang Masuk Utama (PMU) SESB Nabawan dan Pusat Informasi Pelancongan Daerah Nabawan, banyak lagi projek pembangunan di daerah ini telah dilaksanakan yang menjurus kepada pembangunan ekonomi penduduk. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan