Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Malaysia Paling Ramai Alami Obesiti Di Asia – Penasihat Sains PM

Obesiti

KUALA LUMPUR:  Malaysia diletakkan sebagai antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia, kata penasihat sains kepada perdana menteri Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

Zakri berkata menurut dapatan terkini sebuah jurnal perubatan Britain, The Lancet, 49 peratus wanita dan 44 peratus lelaki di negara ini mengalami obesiti.

“Ini suatu masalah yang sangat besar kerana ia membawa impilikasi penyakit kencing manis, masalah jantung serta penyakit lain dan oleh itu, perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) meminta Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global membantu menanganinya,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Menurut hasil kajian terbaru yang disiarkan jurnal perbuatan itu bulan lepas, Malaysia diletakkan sebagai ‘heavyweight’ kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan berlebihan, diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus).

Turut hadir Rektor UNU Dr David M. Malone dan Pengarah UNU-IIGH Prof Anthony Capon.

Zakri berkata kehadiran UNU-IIGH boleh membantu kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan isu obesiti di negara ini.

Sementara itu, Malone berkata UNU-IIGH akan memberi tumpuan terhadap beberapa isu yang menjadi kebimbangan antarabangsa seperti masalah kesihatan fizikal dan mental akibat proses urbanisasi yang pesat berkembang.

“UNU-IIGH yang terdapat di Malaysia ini juga akan meneliti dasar yang turut memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pemikiran integratif tentang kesihatan, perubahan iklim, urbanisasi dan kemerosotan biodiversiti,” katanya.

UNU-IIGH di negara ini diasaskan pada 2007 dan merupakan satu daripada 13 institut dan progran UNU yang terdapat di 12 negara.

Misi UNU-IIGH adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan berkaitan penggubalan keputusan berkaitan isu kesihatan global.

Komen


Berita Berkaitan