Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk mahu Klinik Kesihatan Telupid disiapkan segera

6:38pm 10/09/2016 Pak Roshan 805 views Mutakhir,Ranau,Tempatan
Bangunan sementara Klinik Kesihatan Telupid diperbuat dari bumbung spandek selepas bangunan sebelum ini musnah dalam kebakaran tiga tahun lalu. Foto Bernama

Bangunan sementara Klinik Kesihatan Telupid diperbuat dari bumbung spandek selepas bangunan sebelum ini musnah dalam kebakaran tiga tahun lalu. Foto Bernama

TELUPID – Penduduk di sini mahu masalah pembinaan bangunan Klinik Kesihatan Telupid baharu yang sudah siap kira-kira 70 peratus namun terbengkalai sejak tiga tahun lepas, diatasi.

Ini kerana bangunan sementara klinik yang dibina selepas terbakar pada Februari 2013 itu serba kekurangan dan tidak selesa bukan sahaja kepada pesakit malah kakitangan Jabatan Kesihatan yang bertugas.

Libon Lokunsing, 60, dari Kampung Ulu Sapi meminta pihak berkaitan menyiapkan pembinaan klinik baharu itu dengan segera disebabkan keperluan mendesak penduduk di sekitar kawasan ini dan daerah berhampiran iaitu Tongod.

Beliau yang sering mendapatkan rawatan susulan penyakit jantungnya di klinik itu berasa tidak selesa kerana bangunan sementara itu dibina berdindingkan bumbung spandex.

Seorang lagi penduduk, Melton Martin, 40, berkata penduduk di daerah ini sangat memerlukan perkhidmatan Klinik Kesihatan Telupid disebabkan Hospital Beluran terletak agak jauh.

“Pesakit di daerah ini dan Tongod sukar mendapatkan rawatan di Hospital Beluran atau Hospital Sandakan disebabkan lokasi yang jauh dan kos pengangkutan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang ditemui ketika meninjau klinik itu meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan segera dan serius berhubung masalah ini.

Beliau difahamkan kontraktor utama yang membina klinik itu yang boleh menampung 300 katil pesakit ditamatkan pada 2013 disebabkan kelewatan menyiapkan projek.

“Tetapi, sehingga hari ini belum ada tindakan diambil oleh pihak JKR, tempoh tiga tahun terlalu lama untuk jabatan itu tidak melantik kontraktor baharu menyiapkan projek ini,” katanya. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan