Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Labuan terkecuali GST: Rozman

labuan

 

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli berkata, tindakan kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015 adalah sesuatu yang memberikan manfaat kepada rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah.

“GST bukanlah sesuatu yang baharu atau yang akan menyusahkan rakyat, sebaliknya kerajaan akan menggantikan sistem dua cukai sales tax dan services tax yang akan digantikan dengan GST atau Good and services tax yang kadarnya percukainya lebih rendah iaitu hanya 6 peratus berbanding 10 peratus ketika ini” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat GST anjuran Pejabat Ahli Parlimen dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Tingkat 11 Menara Perbadanan Labuan, pada Jumaat.

Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata, selain menghapuskan cukai berganda GST juga dapat mengelakkan harga yang sering dimanipulasi oleh para peniaga yang kurang bertanggungjawab.

Dengan perlaksanaan GST ini juga katanya, kerajaan mampu meningkatkan hasil negara yang lebih stabil serta berupaya meningkatkan eksport negara.

Bagaimanapun katanya, rakyat Labuan adalah rakyat yang bertuah kerana terkucuali daripada GST atas kedudukan Labuan yang berstatus sebagai sebuah pulau bebas cukai.

“Rakyat Labuan yang berbelanja di Labuan dan juga di Langkawi tidak akan merasai potongan GST sebanyak 6 peratus kerana berada dalam kawasan bebas cukai” katanya.

Kira-kira 200 peserta yang membabitkan anggota kakitangan kerajaan, swasta, ahli-ahli Dewan Perniagaan, pemimpin masyarakat dan parti politik menyertai taklimat tersebut.

Hadir sama Pengarah Jasa Labuan, Rahimah Haji Lamat, Pengarah Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan Labuan Wasimin Daiman.

Taklimat hampir dua jam itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Kastam II, Bahagian GST Ibu Pejabat Kastam Putrajaya, Fauziah Abu Zarim.

 

Komen


Berita Berkaitan